RISE
  • HOME
  • REGISTER
  • LOGIN
  • CONTACT US
  • FAQ

  • Malay
  • Home
  • Frequently asked questions (FAQ)
  • Frequently asked questions (FAQ)
faq

Frequently Asked Questions (FAQ)

22-07-2020 16:01:53

 

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Inisiatif Researcher-Industry Scientific Exchange (RISE)?

Inisiatif RISE adalah satu inisiatif yang dirancang bagi mewujudkan kerjasama antara penyelidik di institusi penyelidikan dengan pihak industri.

 

 

2. Bagaimanakah inisiatif ini dilaksanakan dan apakah bentuk kerjasama atau perkongsian diantara industri dengan penyelidik?

Inisiatif ini dilaksanakan dengan menempatkan penyelidik dari institusi penyelidikan di industri secara sepenuh masa /tidak sepenuh masa/ gabungan kedua-duanya bagi menjalankan projek kerjasama yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Inisiatif ini boleh dilaksanakan menerusi empat (4) pilihan kaedah perkongsian kepakaran iaitu:

i.   Penyelidikan;

ii.  Konsultasi;

iii.  Pemindahan teknologi; dan

iv.  Latihan

 

 

3. Berapa lamakah penyelidik boleh berada di industri?

Penyelidik boleh menjalankan projek di industri untuk tempoh satu (1) tahun dan boleh dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi mengikut keperluan projek.

 

 

4.  Mengapa industri perlu mengambil peluang ini?

Pihak industri sewajarnya mengambil peluang ini kerana inisiatif RISE bermatlamat untuk membantu industri. Dalam hal ini kos penempatan pakar yang memberikan khidmat kepakaran kepada pihak industri akan ditanggung oleh Kerajaan. Sedangkan pihak industri hanya perlu menanggung kos penyelidikan jika berkaitan sahaja.

 

 

5.  Apakah manfaat yang akan dperolehi oleh pihak industri menerusi inisiatif ini?

Industri akan mendapat manfaat dari segi penyelesaian masalah yang dihadapi dalam proses kerja seharian atau bagi menambah baik produk dan perkhidmatan sedia ada dengan menggunakan khidmat kepakaran yang ditawarkan.

 

 

6.  Siapakah yang layak memohon inisiatif ini?

Penyertaan inisiatif ini terbuka kepada semua perniagaan, organisasi awam dan swasta serta persatuan yang berdaftar di Malaysia. 

 

 

7.  Bagaimanakah caranya industri hendak mengambil peluang untuk menyertai inisiatif ini?

Untuk mengambil bahagian, pihak pemohon tidak perlu mengisi apa-apa borang khusus secara manual, memadai dengan mengisi maklumat yang diperlukan di rise.mosti.gov.my. Pemohon amat digalakkan untuk membuat permohonan secara dalam talian bagi memudahkan penyelarasan dan pemantauan oleh pihak Kerajaan.

 

 

8.  Apakah maklumat yang perlu dikemukakan dalam permohonan?

Semasa membuat permohonan, pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan organisasi, permasalahan yang dihadapi dan tempoh kerjasama tersebut dijangka akan berlangsung. Di samping itu, perlu juga perlu mengemukakan sijil pendaftaran organisasi.

 

 

9.  Berapa lamakah masa yang diambil untuk keputusan permohonan diketahui?

Sekiranya permohonan yang dikemukakan lengkap, pihak Kementerian akan memaklumkan keputusan permohonan tersebut dalam tempoh 30 hari bekerja.

 

 

10. Adakah syarikat akan didenda sekiranya syarikat menarik balik permohonan yang telah berjaya?

Pemohon dinasihatkan untuk membuat persediaan sewajarnya sebelum membuat permohonan bagi mengelakkan kegagalan  meneruskan projek yang dirancang. Walaupun begitu, tiada denda atau penalti yang akan dikenakan ke atas pemohon yang berjaya.

 

 

11. Adakah syarikat dibenarkan untuk memohon kemudahan lain yang ditawarkan oleh Kerajaan sekiranya syarikat berjaya dalam permohonan ini?

Syarikat yang berjaya memohon perkhidmatan kepakaran dari Kerajaan melalui inisiatif RISE ini tidak terhalang untuk memohon mana-mana kemudahan Kerajaan yang lain bagi menjayakan projek yang sama.

 

 

12. Bagaimana saya hendak memohon mendapatkan khidmat kepakaran yang tidak tersenarai dalam sistem RISE?

Sekiranya kepakaran yang pemohon perlukan tidak terdapat dalam senarai sedia ada, pemohon boleh mengisi ruang jabatan/ agensi pemberi khidmat dengan nama "Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi". Dengan cara ini, urus setia RISE akan menyemak permohonan tersebut seterusnya mendapatkan jabatan/agensi yang mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan permasalahan dinyatakan.

 

 

13. Apakah manfaat yang diperolehi di pihak Kerajaan menerusi pelaksanaan inisiatif ini?

Melalui inisiatif ini, Kerajaan dapat:

i.   Meningkatkan tahap pengaplikasian sains dan teknologi (S&T) di kalangan industri;

ii.  Meningkatkan penyelidikan berorientasikan keperluan industri (demand driven); dan

iii. Menjana kekayaan melalui aplikasi S&T.

 

 

14. Adakah inisiatif ini masih diteruskan untuk tahun 2022?

Ya, sepertimana dimaklumi bahawa Kerajaan akan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan ini termasuk inisiatif RISE yang disasarkan untuk membantu industri dalam meningkatkan kebolehupayaan pasaran dan meningkatkan ekonomi menerusi pengaplikasian STI.

 

 

15. Bolehkah individu persendirian yang tidak mempunyai syarikat berdaftar sendiri seperti petani dan pengusaha desa mengambil bahagian dalam inisiatif ini?

Buat masa ini permohonan bagi mendapatkan khidmat kepakaran RISE hanya dibuka kepada semua perniagaan, organisasi awam dan swasta serta persatuan yang berdaftar di Malaysia sahaja.

 

 

16. Adakah industri boleh memohon pakar di agensi yang tertentu yang dikenalpasti sendiri untuk kerjasama RISE?

Pemohon yang telah mengenalpasti pakar yang bersesuaian dengan permasalahan yang dihadapi, boleh terus menyatakannya dalam borang permohonan bagi mendapatkan perkhidmatan kepakaran. Walaupun begitu, pihak penyedia khidmat kepakaran berkenaan berhak untuk menerima atau menolak permohonan tertakluk kepada ketersediaan pakar.

 

 

17. Bagaimanakah agensi yang tidak tersenarai dalam sistem RISE boleh mendaftar untuk disenaraikan?

Agensi yang ingin mengambil bahagian dengan menyediakan khidmat kepakaran secara percuma kepada pihak industri sangat dialu-alukan untuk menghubungi urus setia di helpdesk-rise@mosti.gov.my supaya tindakan selanjutnya boleh diambil.